Home » , , » Mahluk Asing UFO Muncul di Sabah , Malaysia Borneo

Mahluk Asing UFO Muncul di Sabah , Malaysia Borneo

"Blog ini juga boleh dikunjungi dengan alamat www.pengerindu.NET . Isi kandungan yang sama cuma paparan yang lebih menarik dan resolusi yang tinggi serta dibuka dengan kelajuan capaian internet tertentu" - Mr.J

Nampaknya UFO ataupun ALien vs Predator semakin meminati pantai Sabah yang cantik serta subur dengan kehidupan terumbu karangnya sehingga menarik minat Kapal Angkasa yang tidak diketahui berkeliaran di Sabah .


Adakah anda percaya bahawa alam semester ini ada lagi mahluk cerdas lain ? Mr J juga percaya sememangnya kemungkinan ada lagi planet lain yang belum diterokai manusia yang memiliki kehidupan.


KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.

“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.

Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.


Gempar lihat UFO terapung

Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu.

Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.

“Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

“Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

“Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

“Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang,” katanya.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini.

Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat. metro



Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid-Radio IkonFM
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASHhttp://wangtsunami.co.cc/
Iklan banner 468px × 60px
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Siapa Mr J
? , untuk pengetahuan anda semua Mr J adalah blogger bebas yang dilahirkan di Kepulauan Borneo yang sememangnya Surga keindahan bagi sesiapa yang inginkan kedamaian , ketenangan dan persekitaran alam yang segar .

"Kehidupan yang terindah adalah bila anda bersama insan yang disayangi jadi hargailah orang yang anda sayangi dengan seadanya "


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dapatkan Artikel Terbaru di Email

Makan & Makai
Sabah & Sarawak
Bila Mr J Menaip
SURAT
Lawak
Stastitik

PENGERINDU.COM. Powered by Blogger.
 
Copyright © 2013. www.pengeRindu.com www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©