Nampaknya artis kahwin dan cerai adalah bukan sesuatu yang menghairankan pada masa sekarang dan naik muak dengan berita kawin cerai dan kawin cerai lagi .
Dan juga para lelaki diluar sana yang masih meminati Maya Karin mungkin telah mula bersenyum sambil berkata " yes, ada peluang kedua untuk aku " .
Kawin bukan nak rak , sampai ke tempat omputih tapi cerai sekejap je jadi.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan itu hadir di hadapannya.
Menurut sumber terdekat, pasangan tersebut hadir ke mahkamah secara berasingan dengan tujuan untuk bercerai.
“Saya hanya boleh mengesahkan mereka sudah bercerai," katanya ketika dihubungi mStar Online..
Perceraian itu berlaku genap sepuluh hari selepas permohonan mereka untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama.
Sementara itu syarikat rakaman Maya Karin, Satu Entertainment Sdn. Bhd. melalui Pegawai Promosinya Azlin Abbas memberi kenyataan bagi pihak kedua-dua pasangan tersebut.
Dalam mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kepada media kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat, Maya dan Muhammad Ali membuat kenyataan bersama mengesahkan penceraian mereka.
Berikut ini disiarkan kenyataan ringkas berkenaan:
"Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.
"Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam.
"Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan," kata mereka.
Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah yang sama pada 24 Jun lalu.
Bagaimanapun, tekaan itu meleset kerana pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan.
Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.
Pasangan itu berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.
Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama. mstar
Salam ceria ,Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.





















July 17, 2010 1:00 PM
bagi diorang, diorang banyak duit. bole tanggung diri sendiri.
[Reply to comment]kena kawen, kalo tak kawen, org mengata tak laku atau andartu.
da kawen, bole cerai. dpt title janda pun tape, janji jangan dpt title andartu.
tp saya respek haliza misbun, bia org nak kata dia andartu ke apa ke, janji dia tak susahkan org.
then, tade la dia buat pekara yang halal tapi dibenci Allah, kan? kan?
July 17, 2010 2:59 PM
@Eciz,
[Reply to comment]artis mmg macamtu.. sekarang dah tak heran kalau artis kawin ramai yg membuat ramalan berapa tahun dpt bersama pastu cerai..
July 17, 2010 3:18 PM
ouh~
[Reply to comment]ape nk buek
da xde jodoh
kesian pon ado..
July 17, 2010 3:26 PM
takziah buat maya karin..
[Reply to comment]July 17, 2010 3:34 PM
@Kaseh NazLieza ,
[Reply to comment]hehe.. statment yg menarik " takziah ".
July 17, 2010 3:36 PM
Kie-Yu kesian ke kat maya ? :)
[Reply to comment]July 17, 2010 8:25 PM
sedihh bila dapat thu maya cerai....
[Reply to comment]Entry terkini : Guess last sale on 31JULY ni
July 17, 2010 8:31 PM
salam..
[Reply to comment]mula-mula kesian kat pasangan ni,Apa nak buat jodoh tak panjang..kedua kesian kat Maya,moga bertemu jodoh orang yang warak yang dapat membimbing beliau..(bila bertudung nampak warak)ketiga kesian kat bekas hubby beliau..apa agaknya nak jadi dengan keislamannya..saudara baru kita ni.?
July 17, 2010 9:50 PM
nektok nikah cerey dh jd mcm trend jak..hurmmm...apa nk jd la nk oww...
[Reply to comment]pemalas punya pompuan...huhuhuhu
July 17, 2010 10:46 PM
@QieFLy si Dolce .. tak guna sedih2.. T_T .. dah rasa sedap cerai..
[Reply to comment]July 17, 2010 10:51 PM
@zulkbo
[Reply to comment]. Apalah kes dorang nih sampai cerai2 .. mesti ada sesuatu..
July 17, 2010 10:52 PM
@peaNut
[Reply to comment]nthalah peanut , dah style artis Malaysia kot.. kawin cerai.
Post a Comment
Perhatian :
Pihak www.pengeRindu.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan. Ia adalah pandangan peribadi individu dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
*Jika anda tiada mempunyai Profile di Blogspot dan ingin meninggalkan Komen sila Pilih :
Name/URL masukkan nama anda dan dibahagian URL anda boleh biarkan kosong Sahaja.
Baru Anda boleh memberikan komen dengan mengunakan Akaun Facebook anda sekarang seperti di atas.