Kemaskini: 2 Maut. Kapalterbang Pesawat Twin Otter milik MASWings Terhempas di Sabah. - 10/10/2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pesawat Ringan seperti Twin Otter adalah merupakan satu pengangkutan utama bagi sebilangan penduduk di pendalaman Sabah & Sarawak bukan sebab orang borneo banyak duit sebab jalan utama menghubungan ke kawasan pendalaman tidak pernah siap - siap kerana 'kerajaan' mungkin tengah berfikir hendak membina jalan raya yang disaluti oleh emas karat.

Kejadian ini baru sahaja berlaku petang ini tadi (10/10/13) di Sabah iaitu dimana sebuah Pesawat Twin Otter yang dimilikki oleh Maswings terhempas di sebuah rumah di kawasan berdekatan dengan Kampung Sin-San. 

Pesawat ini berlepas daripada Lapangan Terbang Kudat pada 2.50 petang tadi ( 10/10/13 ) dan dikatakan kejadian tersebut berlaku pada 2:54 petang sepertimana waktu panggilan kecemasan diterima dan anggota bomba dan penyelemat terus bergegas ke tempat kejadian. Difahamkan juga 2 penumpang cedera parah.


Gambar ehsan dari inikalilah

Menurut beberapa sumber dipercayai 16 orang penumpang di dalam pesawat tersebut , kejadian ini juga telah disahkan oleh pihak MASWings dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi serta turut memberitahu tiada kematian berlaku.

Kemaskini 11/10/13 : 2 Maut. Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.



Seingat Mr.J mengenai Pesawat Twin Otter kalau dalam rekod di Sarawak juga pernah berlaku kemalangan tetapi cuma mengakibatkan 'terbabas' iaitu di Marudi tahun lepas ( gambar bawah ).



Gambar kejadian melibatkan Pesawat Twin Otter terbabas di Marudi Pada November 8, 2012 - Gambar dari WB Ongie

- Mr.J


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2014 www.pengeRindu.com Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©