Gambar Pembunuh dikehendaki Polis Malaysia , Ardi Hamza "IC Palsu" atau Ardi Ode Putra Katela 'facebook'. | The Best Weblog at Sarawak | www.pengeRindu.com

www.pengeRindu.com
Juga Boleh Dikunjungi di www.pengeRindu.NET

Gambar Pembunuh dikehendaki Polis Malaysia , Ardi Hamza "IC Palsu" atau Ardi Ode Putra Katela 'facebook'.

Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com Print Friendly and PDF
"Blog ini juga boleh dikunjungi dengan alamat www.pengerindu.net, isi kandungan yang sama cuma paparan yang lebih menarik dan laju" - Mr.J

Tentu rakyat Malaysia masih lagi berdendam ataupun marah dengan kejadian yang menimpa seorang pegawai bank. Kejadian itu berlaku di salah sebuah bank di sekitar kuala lumpur dimana dia ( mangsa ) dibunuh dengan kejam oleh seorang warga Indonesia yang juga salah seorang pengawal keselamatan bank tersebut.

Dan disini Mr.J kongsikan alamat facebook yang dipercayai adalah si pembunuh tersebut berikutan gambar yang disebarkan dan dikehendaki Polis .


Akaun FB tersebut menggunakan nama "Ardi Ode Putra Katela" serta mempunyai kenalan serama 4000 orang kebanyakannya dari warga negara jiran bergitu juga facebook isterinya 'Nurul Ayu Rahmad' juga berjaya dikesan oleh individu di laman sosial .


"Subang Jaya: Seorang pegawai operasi sebuah bank di sini, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pegawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2." keratan Harian Metro, 25 Oktober 2013. 

Penyebaran rakaman cctv detik - detik terakhir mangsa tersebar dilaman sosial bagaimanapun penyebaran rakaman cctv tersebut telah sedikit sebanyak mencemarkan kredibiliti pihak polis apabila dua anggota polis disiasat akibat penyebaran rakaman cctv tersebut kerana ianya bercanggah dalam tugasan pihak berkuasa.

Mr.J tidak berapa 'gemar' melihat video kejam apatah lagi melihat saat - saat kematian walaupun pernah menegur beberapa page laman sosial tersebut agar jangan menyebarkannya.

Berbalik kepada pengenalan suspek , suspek dikenali sebagai Ardi Hamza di 'kad pengenalannya' tetapi satu lagi kesalahan terbongkar apabila kad pengenalannya yang beralamat Sabah adalah sebenarnya Kad Pengenalan Palsu.

Kita (JPN) sudah semak dari segi rekod, nombor kad pengenalan itu tidak wujud dalam sistem JPN. Kes ini dalam siasatan polis, jadi kita tunggu hasil siasatan” Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said di warta Sinar Harian.


Berbagai persoalan bermain di mulut rakyat malaysia sekarang lebih - lebih lagi di sekitar laman sosial, rata - rata menyelar 'Badan Pengawal Keselamatan' tersebut ( tempat suspek berkerja ) , ini kerana kecuaian serta tidak menapis para 'pekerjanya' tambahan lagi yang melibatkan penggunaan 'senjata api'. 

Bagaimanapun KDN telah membatalkan Lesen Syarikat Kawalan Keselamatan itu serta merta.

Wanita (Gambar kiri)terbabit telah diberkas oleh polis di Klang, Selangor bersama adik pembunuh serta seorang lagi saudara mereka, pada lewat hari kejadian, 23 Oktober lalu. 

Menurut kenyataan polis, wang berjumlah kira-kira RM20,000, sebahagian daripada hasil rompakan RM450,000 dirampas di rumah mereka tinggal.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Terkini Terus ke Email anda


Bila Mr.J terlebih Aktif Sabah & Sarawak Makan - Makai Lawak
PENGERINDU.COM. Powered by Blogger.
Stastitik

-