Home » , , , , , , » Terkini: Insiden Tembakkan di Semporna, Sabah. - Updated

Terkini: Insiden Tembakkan di Semporna, Sabah. - Updated

"Blog ini juga boleh dikunjungi dengan alamat www.pengerindu.NET . Isi kandungan yang sama cuma paparan yang lebih menarik dan resolusi yang tinggi serta dibuka dengan kelajuan capaian internet tertentu" - Mr.J
YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.

Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.

Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

2309-LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA

LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api.

“Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

“Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu,” katanya,” kata Hamzah. Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

Sumber : Polis Diraja Malaysia & Pakatan Rakyat News 

Terkini : Serangan terbaharu di Sabah, seorang lagi anggota polis terbunuh SEMPORNA 

2 March 2013:

Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi. 

Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu. Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN 

3 March 2013:

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah. 

Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna. Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu. 

Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.

4 March 2013:

Berikut adalah senarai nama pegawai dan anggota polis yang gugur dalam operasi tersebut:

Supt G/10768 Ibrahim Lebar, Cawangan Khas Bukit Aman, dari Selangor
ASP G/15013 Micheal Padel, Ketua Cawangan Khas Semporna, dari Sarawak
SJN/D 110204 Baharin Hamit, Ibu Pejabat Kontinjen Cawangan Khas Bukit Aman, dari Sabah SJN124082 Aziz Sarikun, Batallion 14, Pasukan Gerakan Am Tawau, dari Sabah
KPL/S 12675 Salam Togiran, Unit Pengangkutan, ibu pejabat polis daerah Tawau, dari Sabah
L/KPL 160475 Mohd Azrul Tukiran, Batallion 14, Pasukan Gerakan Am, dari Selangor

Perisik Sulu dikehendaki oleh Polis Sabah:


Lelaki dalam foto ini sedang dikesan kedudukannya dipercayai bertindak sebagai penyokong & perisik lanun Sulu yang aktif mengawasi pergerakan pasukan keselamatan & maklumat-maklumat keselamatan berkaitan insiden di Sabah melalui media baru seperti facebook,twitter dll.

Semenjak insiden Lahad Datu dia telah banyak kali menukar nama Facebooknya & memadam gambar-gambar dirinya bersama senjata & latihan ketenteraan yang disertainya dari album fotonya. Bantu pihak pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat jika anda kenal,tahu atau ada mempunyai maklumat lokasinya atau orang-orang mencurigakan sepertinya.

Hubungi IPK Sabah 088-253 555 atau sms Rakan Cop POLISSABAH [Maklumat Aduan ] hantar ke 32728 DAPAT.

Petang/Malam 4 March 2013:

Puluhan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan berhampiran Kampung Tanduo lewat petang ini. Kenderaan tentera yang bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang ini. Barisan trak tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membelok ke jalan ladang tersebut.

Sebilang Tempat juga dikawal rapi ( lokasi dirahsiakan )

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jetpejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukantentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanmesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkanpertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang mediabersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan OpsDaulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakanoperasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masihada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian,kecederaan atau tangka


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dapatkan Artikel Terbaru di Email

Instagram
Ada apa boleh Mr.J bantu?..kiter chat je la..haha

Makan & Makai
Sabah & Sarawak
Bila Mr J Menaip
SURAT
Lawak
Stastitik

PENGERINDU.COM. Powered by Blogger.
 
Copyright © 2013. www.pengeRindu.com www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©