Gagasan Dayak Iban Bersatu (GAIU) Komuniti Iban Johor buat laporan polis. | The Best Weblog at Sarawak | www.pengerindu.com

www.pengerindu.com
Bukan sekadar weblog biasa...

Gagasan Dayak Iban Bersatu (GAIU) Komuniti Iban Johor buat laporan polis.

Anda mempunyai Kisah yang ingin dikongsikan? Kirimkan kepada admin@pengerindu.com Print Friendly and PDF

JOHOR BAHARU — Komuniti Iban di Johor membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan dalam keluaran terbaru ”Asian Beacon”, sebuah majalah Kristian antara mazhab dari Kuala Lumpur, yang memberi gambaran buruk terhadap kaum Iban di Sarawak.

Gagasan Dayak Iban Bersatu (GAIU) Johor mendapati kandungan artikel bertajuk ”Of Skulls and Sago Worms” pada muka surat 15 Vol 44 keluaran Februari-Mac itu sebagai menghina.
GAIU merupakan satu Persatuan Komunity Sarawak yang berperanan untuk menyatupadukan rakyat Sarawak yang berbangsa Iban khasnya dan masyarakat Sarawak amnya di dalam mencapai matlamat ke arah masyarakat berdaya saing dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan. FB page
Presidennya, Sai Malaka hari ini berkata, gagasan itu berasa kesal kerana masih ada penulis yang tidak sensitif kepada sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

"Kami membuat laporan ini supaya pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis serta penerbit dan tiada mana-mana pihak pun yang akan mengulangi perbuatan serupa yang benar-benar menyinggung komuniti Iban di negara ini,” katanya.

GAIU merupakan satu flatform untuk warga Dayak Sarawak yang berhiijrah ke semenanjung Malaysia menyampaikan segala pemasalahan dan mendapat info-info semasa. FBpage
Artikel itu yang ditulis oleh seorang arkitek dari Petaling Jaya, menyentuh mengenai apa yang dikatakan tabiat makan kaum Iban dan moral mereka.

Sai berkata, apa yang penulis mungkin maksudkan dalam artikel itu ialah kehidupan kaum Iban pada masa lampau, namun segala-galanya telahpun berubah sekarang.

"GAIU amat tersinggung apabila penulis berkenaan menyebut bahawa kaum ibu lazimnya menawarkan anak perempuan mereka untuk seks dengan harapan lelaki berkenaan akan mengahwini anak perempuan mereka.

"Ini benar-benar melukai hati kami. Tiada mana-mana ibu pun yang mahu melakukan perkara ini kepada anak perempuan mereka,” katanya. — BERNAMA


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
2 comments:

untak jak untak arkitek,tang baka untak ke dibaruh tapok kaki..begok mai

[Reply to comment]

@~Precious Momma~.

Sigi gaya mentaliti bawahan. kada kala gagai swk.

[Reply to comment]

Post a Comment

Perhatian :
Pihak www.pengeRindu.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan. Ia adalah pandangan peribadi individu dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

*Jika anda tiada mempunyai Profile di Blogspot dan ingin meninggalkan Komen sila Pilih :

Name/URL masukkan nama anda dan dibahagian URL anda boleh biarkan kosong Sahaja.

Baru Anda boleh memberikan komen dengan mengunakan Akaun Facebook anda sekarang seperti di atas.

Video Menarik Pilihan Minggu ini

Langgan dan dapatkan Percuma "Ebook Kelas Belajar Forex"Sekarang:

Masukkan Emel anda dibawah:

Blogger Logo 1


Free BacklinksPersonal Blogs Top Personal blogsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank Protected by Copyscape Originality Checker Creative Commons License Blogged.myBeliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog Directory

..
    Click to Add our Banner for Exchange Link HERE