Home » , , , , , , , » 1 Perabot Kayu dari Sarawak adalah 1 Nyawa Masyarakat Penan di Sarawak. Kisah Upik .

1 Perabot Kayu dari Sarawak adalah 1 Nyawa Masyarakat Penan di Sarawak. Kisah Upik .

"Blog ini juga boleh dikunjungi dengan alamat www.pengerindu.NET . Isi kandungan yang sama cuma paparan yang lebih menarik dan resolusi yang tinggi serta dibuka dengan kelajuan capaian internet tertentu" - Mr.J
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata kepada Utusan Borneo "Sarawak berpotensi penyumbang utama eksport perabot" .

Sedang anda duduk serta makan di Meja makan yang diperbuat daripada kayu anda kemungkinan tidak sedar bahawa Meja anda itu pernah berdarah dan darahnya adalah masyarakat Penan di Sarawak yang berjuang matian untuk menjaga Hutan dicerobohi Pembalak daripada Sarawak...

PRODUK BERKUALITI: Uggah melihat kepingan kayu yang digunakan untuk membuat kerusi ketika melawat pameran pada Seminar Pembangunan Industri Perabot Sarawak, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Pengarah Institut Rekaan dan Inovasi UNIMAS Prof Madya Dr Khairul Adlin Abdul Rahman, Songan, Nancy, Abdul Latif dan Sarudu. Rujuk Borneo Post 15/2/2012

Anda berbangga memilikki Perabot Kayu Jati tak kira dari manapun anda kemungkinan tidak tahu bagaimanakah sejarah perabot tersebut sehingga sampai di tangan anda.

Ikuti Kisah nukilan Mr J khas untuk penduduk Sarawak.Borneo dan juga untuk semua warga dunia. Kisah ini dedikasi kepada anda semua.

Upik (bukan nama sebenar) adalah keturunan Penan yang hidup dikawasan tanah bukit yang mempunyai cuaca yang cukup nyaman sekali ditambah lagi dengan suara - suara hutan , burung berkicauan di pagi hari .

Seperti hari - hari biasa , Upik hanya memakai "sirat" dan membawa "sumpit" untuk masuk kedalam hutan tanpa rasa takut atau gelisah kerana hutan adalah tempat permainan upik dan rakan - rakan sejak berkurun lamanya.

Perabot anda guna sekarang adalah daripada Pokok yang ditebang sekarang ,
kami kehilangan tempat tinggal .

Sedang Upik "menyumpit" tiba - tiba dia terdengar bunyi deruman serta kelihatan beberapa pokok raksasa tumbang bunyi yang tidak pernah sekali didengari di kawasan kampungnya itu , lantas Upik berlari ke rumah dan memaklumkan kepada Tuai Kampungnya mengenai bunyi yang didengarinya itu.

Tuai Rumah segera memanggil semua penduduk kampung terutamanya lelaki untuk membincangkan hal yang disampaikan oleh Upik tadi . Akhirnya setelah kata sepakat dicapai mereka bersama upik pergi ke tempat yang dikatakan tadi untuk mengetahui bunyi deruman serta kejadian pokok - pokok raksasa tumbang.

Alangkah terkejutnya mereka bergitu juga Upik apabila mendapati hampir sebahagian hutan diseberang kawasan gunung tempat mereka tinggal telah tiada dan yang ada adalah berpuluh - puluh lori besar yang membawa kayu - kayan . Kini mereka sedar bahawa tempat yang dihuni sejak ratusan tahu dahulu telah dicerobohi oleh pembalak - pembalak yang entah dari mana.

Upik mengetahui tidak lama lagi kawasan hutan mereka juga bakal diceroboh oleh pembalak , Upik berfikir sejenak adakah kerajaan Sarawak bakal melindungi mereka? jawapannya Tidak kerana sumber kayu - kayan di Sarawak adalah hasil yang sangat menguntungkan bagi kerajaan , Upik dan masyarakat Penan yang lain hanyalah di ibaratkan "Parasit" dalam keuntungan mereka dan hanya membuat ganguan demi kekayaan "mereka".

Tegas Kesuma - saw mill chewing up Sarawak's precious Meranti to make plywood.

Akhirnya Upik dan semua masyarakat Penan harus berbuat sesuatu untuk tempat yang diduduki sejak ratusan tahun lamanya. Zaman "Rajah Putih" iaitu James Brooke Governor Sarawak tidak pernah mengangu keturunan mereka tetapi setelah pemerintah "White Hair Rajah" iaitu Ketua Menteri Sarawak sekarang kehidupan masyarakat Penan semakin terancam .


Upik perlu berjuang demi masyarakat mereka iatu memanggil kesemua kaum disetiap pelosok hutan di Sarawak dan menyebarkan tentang apa yang telah berlaku di sebentar tadi. Upik dan rakan - rakan bersumpah demi keturunan mereka bahawa akan melakukan apa sahaja demi tempat mereka .


Sedikit demi sedikit utusan daripada Upik dan rakan - rakan untuk mengumpulkan semua masyarakat Penan untuk membuat bantahan terhadap pencerobohan hutan tempat tinggal mereka telah sampai ke seluruh Sarawak , Upik tiada cara lain walaupun sedikit demi sedikit hutan mereka digodolkan . Kini "Utusan - utusan" Upik dan rakan - rakan berjaya sampai ke luar negara biarpun mengambil masa bertahun - tahun .


Bantahan turun diadakan di beberapa buah negara , Upik pelik Kerajaan Malaysia tidak berani untuk masuk campur dalam urusan dalaman Sarawak . Upik terpaksa akur , kini Upik tidak mempercayai Polis atau mana - mana anggota kerajaan .

Semakin ramai masyarakat bersimpati dengan nasib si Upik dan juga rakan - rakannya tetapi tiada apa yang mampu Upik boleh buat selain menghalang lori - lori besar masuk ke kawasan hutan mereka biarpun nyawa mereka kemungkinan terancam tetapi Upik sedar bahawa mereka tidak lagi berjuang bersendirian malah mereka mempunyai banyak rakan dari seluruh dunia yang bersama - sama berjuang dengan Upik biarpun Upik tidak mengenali mereka yang Upik tahu kemungkinan mereka keturunan Raja mereka dahulu iaitu " White Rajah " kerana warna kulih mereka sama itu sahaja yang Upik tahu.

Upik kini berjuang berhabisan demi tanah yang mereka duduki selama ratusan tahun dan kini Upik terpaksa berjuang bersendirian bersama - sama rakannya .

Rakan Upik tidak kisah walaupun kemungkinan bakal ditembak ataAdd Imageupun dibunuh oleh pembalak - pembalak yang mencerobohi kawasan mereka , senjata Upik hanyalah Tombak dan Sumpit.

Upik pasti dia tidak bersendirian kini kerana dia ada "anda" yang membaca kisah Upik ini boleh menjadi rakannya biarpun tak mampu untuk mengadai nyawa bersama upik tetapi anda mampu untuk menyebarkan Kisah Upik ini kepada seluruh dunia mengenai apa yang berlaku kepada Masyarakat Penan sekarang.

Bantulah Upik dan Masyarakat Penan dengan "Share" Kisah ini di Facebook mahupun Blog anda.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Musik Video Pilihan Minggu ini.
SHAMROCK - Semampai Nyebut Nama Nuan

Percuma Aplikasi Menarik!

 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT+KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%   WWW.PENGERINDU.NET► server  32%
Stastitik

PENGERINDU.COM. Powered by Blogger.
 
Copyright © 2013. www.pengeRindu.com www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©