www.pengerindu.com
Bukan sekadar weblog biasa... [best view with Mozilla Firefox]

Dia "Player" tetapi dialah bakal menjadi Tunangku.

Labels:
Andai anda berada di dalam situasi seperti cerita dibawah , bagaimanakah cara anda untuk menangani? .

Aku mula kenal Sham ketika di Kolej lagi. Dia memang popular; handsome, bijak dan seorang atlet yang disegani. Sham juga dari keluarga yang berada dan sudah biasa dengan kemewahan hidup seperti kereta dan pakaian berjenama.

Sememangnya aku tak sangka yang satu hari dia mengajak aku keluar. Aku ni biasa saja dari segi penampilan dan juga asal usul. Jadi bila dia ingin mengenali lebih rapat diriku, aku rasa terkejut, tapi tentulah seronok dan “flattered”.

Dan dari mula aku dapat rasakan yang aku dan Sham memang serasi. Bila dia luahkan rasa sayangnya pada aku, akulah perempuan yang paling gembira. Aku balas cinta Sham dengan memberikan segala kasih sayangku kepadanya.

Pada masa yang sama, aku mula terdengar cerita-cerita negatif tentang Sham. Ada yang memberitahu aku yang dia tak setia kepadaku. Kononnya di belakang aku, Sham selalu berfoya-foya bila keluar malam bersama rakan-rakannya. Tapi aku tak pernah ingin mempercayai cerita itu semua, dan aku tidak pernah “confront” Sham mengenainya.

Selepas kami grad, Sham mula bekerja dengan syarikat ayahnya. Aku pula menerima kerja sebagai pensyarah di sebuah Kolej swasta. Cinta kami semakin utuh dan lepas setahun kami meninggalkan Kolej, kami mengambil keputusan untuk bertunang.

Keluarga Sham pula memang melayan aku dengan baik. Walaupun aku dari keluarga sederhana, itu semua tak pernah menjadi isu. Dan untuk itu, aku sangat bersyukur.

Tapi kini aku merasa begitu tertekan kerana Sham sendiri. Cerita mengenainya yang suka berfoya-foya tak pernah pergi. Malah, semakin kerap aku diberitahu rakan-rakanku tentang perangainya yang masih belum berubah.

Aku tak henti menangis apabila mendengar cerita yang dia ada beberapa orang girlfriend lain di belakang aku. Mereka semua tahu status Sham, tapi mereka tak kisah. Sham pula memang suka dengan perhatian yang diberikan perempuan-perempuan itu semua. Dia hanya perlu memetik jari dan ramai lagi yang bersedia menjadi girlfriend sampingannya.

Sham memang pandai menggunakan personalitinya yang “charming” dan kelakar. Itulah juga yang membuat aku mula jatuh hati dengannya, tapi itulah juga “senjata” yang memakan diriku.

Aku pernah bersemuka dengan Sham dan bertanyakan tentang cerita-cerita itu semua. Dia tidak menafikan dan meminta aku faham yang dia masih lagi ingin “enjoy” hidup ini sebelum kami bernikah nanti. Gelaran “player” yang diberikan kepadanya pula membuat dia merasa bangga.

Tinggal 6 bulan lagi ke hari pernikahan kami, dan aku semakin buntu. Aku masih sayangkan dia, tapi aku tak pasti Sham akan berubah bila kami sudah pun bergelar suami dan isteri. Aku tak mahu kehilangannya, tapi aku takut dengan kemungkinan yang tidak menyebelahi diriku.

sumber gua.com.my



Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.


Link Adv RM10 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
Translate This Blog : English * Chinese * German * Japan * Korea * Arabic * Filipino * Thai * Hindi *

Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 Sarawak , Malay Mp3 , Techno Mp3 . [#Blog Trick & Tips]

Dapatkan Artikel terbaru dan 10 ebook Percuma daripada www.pengeRindu.com serta artikel terbaru terus ke email anda. Sila masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner

16 comment:

Dah tau dia Player , putus kan perhubungan je lah.. xreti2. itulah perempuan ni lemah sangat.


x semua players tuh jht yer.... trust me... :)


bagaimana pula diterbalikkan,.. dan player itu adalah seorang wanita?


biler sekali die curang...tak mustahil die akan curang lagi...
biler sekali die menipu..tak mustahil die boleh menipu lagi akan datang...

trust me...kalo dah memang tuh sikap die..memang die tetap akn curang..

regards,
Triplesmiley


smiley , sampai bila mampu berubah. hehe.


"Marrying the first person who offers you a position in society. Love can wait"-By Paulo Coelho..so ape lg...tinggalkan saje spesis gitu..


setiap insan diberi peluang utk berubah bukan kah bgtu? if i were in her place, aku biarkan dia berubah. sekiranya semua usaha itu gagal, berserah kpda Tuhan supaya tunjukkan cahaya lurus utk si dia.


manusia itu mampu berubah dan terpulang kepada pasangan nya utk menilai.


laki mmg sume x ley caye..


T_T , laki plak.. mr J ni boleh caya tau..


TINGGI RISIKO UTK DI TERUSKAN..CAARI LELAKI YG BLEH MEMBIMBING KITA DAN ANAK2 KEJALAN YG SATU....HIDUP BUKAN HANYA UTK DONIA.....GET READDY WALAU APE PUN YG AKAN TERJADI....


kalo kes mcm ni terjadi in my life, awal2 lg dah reject dah. if time 2 dah syg sgt, tnye die dpan2 w/pun pd dsar nya kita tau yg mamat 2 xkan berckap jujur. tp, from der, kita sndri leh nilai die dr segi jwapan yg d berikan & grak geri die sama ada die mnipu or x. last skali kalo dah ssh sgt, wat smayang minx tlong bri ptunjuk dr Allah je. adakah plihan kita tpat o tdak. yg pasti, saya xkan nak dgn sorg player @ ssorg yg xreti hrgai my cinta. sekiannn ...! =)


alia , Nadia = majority menolak "player".. girlll kalau dah sayau sangat mcm kat statment atas macamana?


2 kalo gurl len... but not me... coz saya ni ssh cket nak caya some1. kalo some1 nak saya hrus sggup lakukan apa sja 4 me but kne ikhlas ... kalo xikhlas bek xyah .. =) ptus aja jlan terbaik dr ati terseksa. huhuhu!


Nadia, terbaik dari hati terseksa.. bagus.


Post a Comment

Perhatian :
*Dilarang Mencarut.
*Dilarang membuang "sampah"
*Isu Sensitif , Politik , perkauman dan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam pengeRindu .

*Jika anda tiada mempunyai Profile di Blogspot dan ingin meninggalkan Komen sila Pilih :

Name/URL masukkan nama anda dan dibahagian URL anda boleh biarkan kosong Sahaja.

Followers

Pilih Kategori

Dapatkan Artikel terbaru serta Bonus 10 eBookPercuma Daripada www.Pengerindu.com dengan masukkan email anda dibawah:

Penghantaran ditaja oleh FeedBurner


on Facebook

Top Commenter
Feedjit

Comment & Nuffnang Ads

Linked

Beliefs & Causes Blogs - Blog Catalog Blog DirectoryBlogged.myJoin My Community at MyBloglog! Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.NetEnvironment Blogs Jana Wang dgn HPBlog Kitahttp://www.pengerindu.com/

blogarama - the blog directory Top BlogsPersonal (Love) - TOP.ORGWeb Analytics Top Personal blogsLifestyle Blogs - Blog RankingsMy Ping in TotalPing.comDisplay Pagerank .. ..
coder html