Alkisah disebuah Negara adalah satu manusia yang memang pandai Magik sehingga mengalahkan filem 80an iaitu Mat Magic dan juga Mat 3/4 . Ed Alonzo nama diberi beliau bukanlah pemilik kota Farmosa dan beliau hanyalah seorang penghibur yang Mr J memberikan 5 bintang dan bukannya 5 bintang untuk kehebatan magiknya tetapi 5bintang untuk persembahan yang lawak sehingga menyebabkan Mr J terguling - guling di atas meja .

Suspension Mystery Nama Magik kerusi diberi,
bukan kerana termakan buah starwbery,
ataupun beliau dari kerabat buah beri,
bertapa di gunung selama tujuh hari.

Tepukan gemuruh sudah diberi,
apatah lagi naiklah si saudari,
dipelawa menari dan duduk dikerusi,
dup dap dup kencangnya hati.

Wahai saudari bijak bistari,
Janganlah engkau terasa iri hati,
ini hanya magic dinihari,
baring sekejap tenangkan diri.

Tangga Istana bertingkat - tingkat,
Puteri kayangan menjamu kit - kat,
Kakimu ku pegang dan ku angkat,
beratnya saudari tidak terangkat,

Para hadirin meninjau meneropong,
bagaikan Kupu keluar kepopong ,
Terjatuhlah Puteri sambil terlolong,
Itulah dia Magic si Ed Alonzo.

Ed Alonzo malu tak terhingga,
Magik yang dibuat menjadi bahan ketawa,
Hari ini Mr J hiburkan anda,
sekali sekala tinggalkan komen Anda.
Tengok Video disini.
Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.









.