Home » , » Bergambar bersama Ahli Kumpulan SEARCH ( DIN - Guitaris )

Bergambar bersama Ahli Kumpulan SEARCH ( DIN - Guitaris )

"Blog ini juga boleh dikunjungi dengan alamat www.pengerindu.NET . Isi kandungan yang sama cuma paparan yang lebih menarik dan resolusi yang tinggi serta dibuka dengan kelajuan capaian internet tertentu" - Mr.J
Selamat Sejahtera semua pembaca pengerindu.com .

Hari ini i ada sedikit kejutan untuk semua dan juga kejutan yang teramat bermakna dalam diri saya , iaitu semalam dalam lingkungan pukul 2 pagi waktu Malaysia saya dan rakan pergi ke 7 eleven berhadapan dengan Jusco Seremban 2 , Negeri Sembilan atas sebab nak beli minuman dan lepak sekejap tapi tiba - tiba sebuah Mercedes Putih Plat 6383 kalau tidak silap saya telah lalu dan berhenti dihadapan i , pastu dengar bunyi lagu Kumpulan Search dari dalam kereta tersebut .

Mula - mula keluar 2 orang pemuda yang style Rockers rock kapak masuk dalam 7 Eleven jadi aku buat tak tau je, pastu ada seorang pemuda Rockers keluar dari kereta juga tapi Kejutan yang memang tak akan aku lupakan buat serumur hidup bahawa aku jumpa Nordin Taib @ Din Pemain gitar kumpulan Search & Lives, Pemuzik & Pencipta lagu dan juga dapat berborak sedikit mengenal Konsert Jelajah Malaysia Kumpulan Search .

So, apa lagi aku arahkan member aku Solomon dan Jack @ akan untuk ambil gambar, nasib baiklah HP Solomon jenis moden sikit . Apa lagi kitorang ambik 2 snap gambar . Tapi kerana terlalu (macam tak disangka atau terlalu teruja) Solomon lupe pula ambik bahagian dalam sesi Fotografi yang tak disengajakan (solomon terlebih jadi jurukamera pula kesian dia tak masuk dalam photo T_T ) .

So, bagi gua lah, dorang ni memang Otai beb , kalau lu tak caya dorang ni memang sporting dengan perminat dan dorang rockers ni kite takbleh nak nilai dorang dari segi pakaian , tengok pakaian dorang ni ~ hu sempoi . Dah nama R.O.C.K tak kan nak pakai baju Musik Irama Malaysia kan. Wa Caya sama lu. Hidup Din , Hidup Search , Hidup Kumpulan Rockers Malaysia . Ok, tak aku jadi Mat Rock


*btw,pc aku banyak MP3 dari Kumpulan Search. Aku minat giler dengan lagu
"Isabella" sebab lagu tu banyak kaitan dengan kisah hidupku dulu~~ dulu .


Gambar ni akan ku Print ke Photo Paper A4 dan akanku Bingkaikan dibiliku.
0000000000000000000
Admin pengeRindu.com jacky J  bersama Nordin (DIN) Ahli Kumpulan Search di Seremban 2
0000000000000000000000
Kenangan yang tak akan ku lupakan sepanjang hidupku , bukan senang nak bergambar dengan Ahli Rockers Lagenda Seperti Kumpulan Search.

Admin pengeRindu.com jacky j bersama Nordin (DIN) Ahli Kumpulan Search di Seremban 2


Tarikh: 1 Ogos 2009
Hari: Awal Pagi Sabtu
Waktu: Dalam angaran pukul 2.00 pagi
Lokasi: Depan kedai 7 Eleven berhadapan dengan Jaya Jusco Seremban 2 .



Ahli Kumpulan Search

Ahli-ahli
Amy
Yazit
Hillary Ang
Nasir
Din

Bekas ahli

Zainal
Kid
Yan
Man Kidal

SEARCH

Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal digantikan Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

Amy, seorang "piano tuner" diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.

Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudian meninggalkan Search dan tempat mereka digantikan Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas kumpulan Lefthanded.

Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan Search menjadi ikutan para remaja dengan imej artis berambut panjang dan pakaian yang mencolok mata menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul di kaca TV.

Kumpulan Search menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini menjadi satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.

Man Kidal dan Yan kemudian meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan Hillary dan Nasir semula. Search kemudian menghasilkan lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.

Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary sekali lagi meninggalkan Search, digantikan Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.

Perancangan rapi pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-Search menjadikan Search popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Search juga bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama kumpulan Wings) dalam album Double Trouble yang diterbitkan M Nasir.

pabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan Yan. Yan sekali lagi meninggalkan Search untuk menumpukan perhatian kepada kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded. Tempatnya digantikan Nasir.

Majalah URTV edisi 15-31 Julai 2009 telah memberi penghormatan kepada Kumpulan Search untuk dijadikan sebagai cover depan majalah tersebut. Dalam sesi temuramah dengan wartawan majalah hiburan tersebut, anggota Kumpulan Search telah menceritakan beberapa pengorbanan dan cabaran yang terpaksa dihadapi kumpulan tersebut dalam usaha menjadikan mereka sebuah band legenda pada hari ini.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika Search mula mahu mencipta nama di Indonesia.Dalam sesi temebual pertama dengan media negara tersebut, Search telah diajukan dengan beberapa soalan yang berbentuk provokasi seperti adakah Search sudah cukup bagus untuk beraksi disana dan mengapakah lirik-lirik dalam sesetengah lagu Search agak mendayu-dayu.Namun semua itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mencipta nama di Indonesia.Dan hasilnya, Search telah berjaya memikat hati peminat muzik di sana dengan jualan album mereka mencecah ratusan ribu unit di sana.


Kumpulan Search akan membuat Konsert Jelajah Malaysia.
Bagaimanapun, lokasi di Kelantan, Sabah dan Sarawak terpaksa ditunda atas masalah serta sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Tentu saja konsert itu bakal mencipta sejarah baru dalam karier seni Search yang dianggotai Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, Nasir Daud, Yazid Ahmad, Hillary, Kid dan Din kerana sebelum ini lebih senang menjadikan Stadium Merdeka sebagai lokasi untuk beraksi.

Vokalis Search, Amy berkata, dengan keluasan tapak konsert yang mampu menampung kapasiti lebih 20,000 penonton, tentunya konsert itu nanti menjadi sebuah persembahan cukup gemilang.

http://1.bp.blogspot.com/_Wio331Oq0-Y/SeBu0UZ5DGI/AAAAAAAAAEA/O-y3-o7RjpE/S1600-R/Logo2.jpg

"Konsert Di Awan Biru Search membabitkan produksi yang sangat besar dan menuntut perancangan cukup teliti. "Berhubung pemilihan Polo Pavillion sebagai lokasi, saya melihat dengan kapasiti yang luas dapat menampung lebih ramai penonton.

"Lebih ramai penonton yang datang ditambah pula penggunaan penata bunyi yang hebat termasuk persembahan Search sendiri, konsert ini tentunya lebih memberi kepuasan bukan saja kepada kami sebagai penghibur, tetapi seluruh peminat," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini. Baca disini.



Search - Mencari instrumental
Album Fenomena
Lineup :vocalist - amy, lead guitar - kid, d lead guitar - din, nasir - bass,
drummer - yazit
" kid dan din , memang rock n roll brother "




Sumber :
Muzikrock.com
Google Search
Wikipedia


ROCK OW!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dapatkan Artikel Terbaru di Email

Ada apa boleh Mr.J bantu?..kiter chat je la..haha

Makan & Makai
Sabah & Sarawak
Bila Mr J Menaip
SURAT
Lawak
Stastitik

PENGERINDU.COM. Powered by Blogger.
 
Copyright © 2013. www.pengeRindu.com www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©