
Gambar bertarikh November 2012 - Mr.J
Buat pertama kalinya saya memperkenalkan diri saya dan dibawah ini adalah serba serbi mengenai disebalik laman weblog PengeRindu Media Network ini.
"Saya adalah insan seperti anda juga , saya ada perasaan dan saya ada mata untuk melihat dan menilai sesuatu. Saya mula bergelar Bloggers pada tahun 2008 dan disini saya hendak ingatkan bahawa saya tidak terikat kepada mana-mana parti politik yang ada di negara ini , pengerindu.com juga mempunyai ahli-ahli di setiap genap pelusuk sekitar Sabah & Sarawak yang sentiasa memberikan info berita serta kejadian yang berlaku di tempat mereka untuk di'publish'kan disini." admin@pengerindu.com
Saya mula melihat dunia ini pada 23 September tahun 1986 dan sewaktu 9 bulan dalam kandungan ibu , kisah saya bermula...
Saya merasakan tiupan angin dari celah cuping telinga dan juga bunyi yang saya sendiri tidak tahu dan mengerti tiba-tiba aku terdengar suara " oh , taniah anak awak lelaki,". Selepas itu doktor membersihkan badan saya dan setelah dibersihkan saya diletakkan bersebelahan dengan Ibuku dan dia senyum melihat aku.
“bang, nak bagi anak kita ni apa nama?” tanya Ibuku kepada ayahku.
“Apa kata kita letak nama Jacky sebab aku minat Jacky Chan dan tambah nama Juing dibelakang untuk memperingati Datuk Juing dahulu". Balas Ayahku (selalunya nama belakang orang iban ada maksud tertentu).
Setelah itu nama aku pun dimasukkan dalam Sijil Kelahiran , ingin juga aku membantah atau ingin mencadangkan nama yang lebih indah , tetapi apakah dayaku , sedangkan aku terlalu kecil dan gigi pula belum tumbuh . Apa yang aku tahu adalah berpusing – pusing bermain – main di pangkuan Ibuku sambil melihat gelagat orang yang lebih besar dariku, dan aku terfikir , bila masa agaknya aku menjadi Besar seperti Kedua Ibubapaku.
Selepas Tiga Tahun kemudian , aku merasakan ingin berlari dan berjalan seperti kanak – kanak yang lain . Dalam seharian aku cuba berdiri dan berjalan bermula dengan merangkak tetapi aku tumbang kembali. Dengan semangat cemburu melihat rakan – rakan sebayaku 3 tahun bermain dan berkejaran aku seperti mendapat kekuatan dan aku berdiri dan berjaya memulakan 2 langkah pengerakkan selepas itu aku boleh bermain dengan rakan – rakan aku.
(Gambar sebelah adalah bertarikh October 2011)
Tiba – tiba aku tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai aku tak pandai berenang dan aku menjerit , aku cuba untuk timbul tapi makin kuat aku menjerit makin banyak air yang aku tertelan , nasib menyebelahi aku apabila seorang penduduk kampung aku sedang membasuh pakaian di sungai telah menyedari jeritan aku dan terus menjerit memanggil ayahku yang berada dikawasan berdekatan dan Ayahku bergegas mencapai tanganku.
Klik untuk ke : Versi
Bahasa Iban
Berminat untuk mempelajari Bahasa Iban? Klik Sini.

Setelah habis Sekolah , aku mencuba mencari pekerjaan dan pekerjaan pertama aku adalah sebagai bellboy di salah sebuah Hotel Sibu , tidak sampai 3 bulan disitu ayah aku menelefon memberitahu bahawa aku dapat tawaran sambung belajar di Semenanjung Malaysia dan aku hanya menerima tawaran tersebut. April 2004 aku menjejak kaki ke Serdang , Selangor . Dan menyambung pelajaran d salah sebuah Institusi Swasta di Ibu Negeri.
Koleksi di liputan Media Massa .
1 . Rakaman Temubual bersama Radio Free Sarawak mengenai isu "Gaji" yang tak setimpal.
Klik Dengar Sekarang.
2. Rakaman Temubual bersama Radio Free Sarawak mengenai "Undi Pos & Kekurangan Pekerjaan. Klik Dengar Sekarang.
3. Ulasan mengenai teknik Photoshop gambar cium Nabil dibongkar "Seen on Diva TV". Klik Baca Sekarang.

1. Perjumpaan dengan pengenali KamAgong.org . Beliau berjanji akan tetap memakai baju kuning " Save Sarawak " mengelilingi Semenangjung Malaysia untuk menyedarkan apa yang dialaminya. "KamAgong" iaitu kisah benar dalam kehidupan mereka sekeluarga . Sila Layari laman beliau di http://kamagong.org .
Baca kisah lawatan Mr.J ke rumah pengenali Kamagong.org iaitu En. Lawrence Jayaraj.
2 . Mr.J Bersama dengan aktivis Hak Asasi Wanita , Doris Jones .
Mr.J (pengerindu.com) , Lawrence J. ( kamagong.org ) , 2 pengenali rumah perlindungan bekas banduan, Cik Doris , Cik Ika .
Turut bersama adalah Cik Doris Jones ( baju kuning 2 dari kiri ) iaitu memperjuangkan Hak Asaksi dan kehidupan Wanita (Ibu Tunggal) beliau menentap di UK.










.